Search
Close this search box.

seksyen 302 kanun keseksaan

KUALA LUMPUR, 10 Dis: Pasangan suami isteri warga emas ditemukan maut dipercayai ditikam anak lelaki kandung dalam pergaduhan di rumah mereka di Kampung Sungai Penchala, di sini, malam tadi.

CHUKAI, 9 Feb -- Majistret Mahkamah Kemaman Tengku Eliana Tuan Kamaruzaman (kiri) tiba di Wad Bersalin Hospital Kemaman di sini, bagi mengeluarkan perintah reman selama tujuh hari bermula hari ini terhadap seorang remaja perempuan berusia 15 tahun bagi membantu siasatan kes seorang bayi lelaki yang maut dipercayai akibat ditikam, semalam. Perintah reman dikeluarkan di wad hospital itu setelah mendapat permohonan daripada pihak polis bagi menjalankan siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Dalam kejadian pagi Selasa itu, bayi lelaki yang baharu sahaja dilahirkan, ditemukan meninggal dunia dengan kesan kecederaan di dada, dipercayai akibat ditikam dengan objek tajam, di sebuah rumah di Felcra Seri Bandi. Ketua Polis Daerah Kemaman, Supt Hanyan Ramlan dilaporkan berkata polis menerima laporan daripada petugas kesihatan kira-kira 10 pagi semalam berhubung kejadian itu, dan sebaik tiba di tempat kejadian pihaknya merampas beberapa peralatan tajam yang mempunyai kesan darah. -- fotoBERNAMA (2022) HAK CIPTA TERPELIHARA

KUALA TERENGGANU, 9 Feb : Seorang remaja perempuan berusia 15 tahun ditahan reman selama tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes seorang bayi lelaki yang maut dipercayai akibat ditikam di Kemaman semalam.

Paling Popular