Search
Close this search box.

pecah amanah

KUALA LUMPUR, 27 Mac: Seorang bekas pengurus perhubungan pelanggan sebuah bank mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas 80 pertuduhan membabitkan pecah amanah, salah guna harta, pemalsuan dokumen dan menipu berhubung jongkong emas milik pelanggan bernilai lebih RM6 juta, empat tahun lalu.

SHAH ALAM, 15 Feb: Tiga individu termasuk Pengerusi Eksekutif serta Ketua Pegawai Eksekutif Aman Palestin Berhad (Aman Palestin) dihadapkan ke Mahkamah Sesyen hari ini atas 164 pertuduhan pecah amanah, menipu dan pengubahan wang haram membabitkan puluhan juta dana milik badan itu antara 2018 dan 2023.

GEORGE TOWN, 28 Dis: Seorang kerani akaun mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas 133 pertuduhan pecah amanah wang syarikat membabitkan lebih RM445,000.

BUTTERWORTH, 27 Dis: Seorang ibu tunggal mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas 29 pertuduhan pecah amanah wang syarikat berjumlah lebih RM350,000 antara 2021 hingga tahun ini.

KUALA LUMPUR, 9 Nov: Mahkamah Tinggi di sini hari ini menjatuhkan hukuman penjara tujuh tahun dan dua sebatan serta denda RM10 juta ke atas Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman selepas beliau didapati bersalah atas empat pertuduhan berkaitan dana Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada).

Paling Popular