![](https://s3.tvstv.my/wp-content/uploads/2023/05/349656711_996084424885868_24927332510273031_n.jpg)
KUALA LUMPUR, 27 Mei: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menyeru anak-anak muda agar bangkit menyelamatkan Malaysia dengan ilmu, kesedaran dan semangat melalui budaya membaca.
Beliau berkata Malaysia MADANI tidak mungkin dapat diangkat tanpa akhlak, nilai dan kesediaan anak-anak muda untuk membudayakan ilmu melalui pembacaan yang meluas.