Search
Close this search box.

diusir

KUCHING, 1 Julai: Seramai 15 pendatang asing tanpa izin (PATI) diusir keluar selepas masuk ke negara ini menerusi jalan tikus di Sektor Pos GABMA Biawak, Lundu, semalam.

TAWAU, 12 April: Jabatan Imigresen Sabah mengusir seramai 183 pendatang asing tanpa izin (PATI) Indonesia menerusi Program Pemindahan Tahanan PATI Siri 9.

KUCHING, 10 Ogos : Tindakan sekumpulan pendatang asing tanpa izin (PATI) dari Indonesia yang berkonvoi dengan motosikal menceroboh negara ini gagal ‘pergi jauh’ apabila dipintas oleh pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) petang semalam.
 
Markas Divisyen Pertama Infantri Malaysia (1 Divisyen) berkata, kumpulan PATI seramai 32 orang itu dikesan oleh pasukan keselamatan negara yang sedang melakukan rondaan berhampiran Ladang Kelapa Sawit Rimbunan Hijau yang terletak kira – kira 150 meter dari sempadan Malaysia – Indonesia.
 
Sejurus ditahan pada pukul 3.45 petang, mereka yang terdiri daripada 20 lelaki dan sembilan wanita dewasa, dua orang kanak – kanak dan seorang bayi berusia sembilan bulan didapati tidak memiliki sebarang dokumen perjalanan yang sah.
 
“Pasukan 1 Divisyen kemudian membuat pemeriksaan lanjut namun tiada barangan terlarang yang ditemui selain pakaian dan barangan peribadi melibatkan 19 buah motosikal yang dianggarkan bernilai RM 51,500.
 
“Selain itu matawang Indonesia yang bersamaan dengan RM10 000, dan 24 unit telefon bimbit yang kesemuanya dianggarkan berjumlah RM100 667.80 turut dibawa bersama kumpulan itu,”jelas markas berkenaan menerusi kenyataan media.
 

Markas Divisyen Pertama Infrantri Malaysia memberitahu, kesemua PATI itu kemudian diusir ke Indonesia pada pukul 5.30 petang kepada wakil Angkatan Darat, Tentara Nasional Indonesia (TNI) di Pos Kumba Semuying setelah laporan dibuat di Balai Polis Lundu. -TVS

Paling Popular