Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

COVID-19

PUTRAJAYA, 6 Jan: Kementerian Kesihatan (KKM) akan memperjelas aspek pengukuhan kesiapsiagaan negara dalam menghadapi gelombang COVID-19 dalam sesi libat urus bersama media pada Selasa depan (10 Jan), kata Menterinya Dr Zaliha Mustafa.

BANGKOK, 6 Jan: Pelancong yang mengunjungi Thailand termasuk dari China tidak perlu melakukan ujian saringan COVID-19 sebelum berlepas, dalam usaha negara ini menarik lebih ramai kedatangan pelawat bagi memulihkan industri pelancongan.

KOTA KINABALU, 4 Jan: Kerajaan negeri Sabah hari ini menetapkan pengembara yang berlepas dari China perlu lengkap vaksinasi COVID-19 mengikut kriteria negara asal masing-masing sebelum memasuki negeri ini, berkuat kuasa 8 Jan.

SEPANG, 3 Jan: Sebarang keputusan berkaitan ketibaan pengembara luar negara khususnya dari China perlu dibincangkan secara komprehensif dan diputuskan di peringkat Kabinet, kata Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa.

KUALA LUMPUR, 3 Jan: Dua varian COVID-19 iaitu BA.5.2 dan BF.7 yang merangkumi kira-kira 80 peratus daripada varian yang menular di China ketika ini, telah dikesan di Malaysia, masing-masing sejak 16 Mac dan 21 Ogos lepas.

Paling Popular