PUTRAJAYA, 16 Julai: Datuk Seri Najib Tun Razak telah memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak permohonannya untuk memulakan semakan kehakiman bagi mencabar kewujudan titah addendum didakwa dikeluarkan oleh Yang di-Pertuan Agong ke-16 bagi membolehkan beliau menjalani baki hukuman penjara sebagai tahanan di rumah.