![](https://s3.tvstv.my/wp-content/uploads/2024/06/EMAS-RENANG-e1719578961623.jpg)
SURABAYA, 28 Jun: Atlet renang lelaki negara Bryan Leong Xin Ren berasa gembira kerana masih mampu untuk meraih pingat emas acara 100 meter (m) kupu-kupu lelaki di Sukan Universiti ASEAN (AUG) 2024, meskipun mengalami demam panas sejak beberapa hari lepas.