Halim berjaya menyelamatkan Kuma dari Billy. Billy ditangkap pihak polis dan akan menerima penghakiman sewajarnya atas kesalahan yang telah dia lakukan. Cikgu Halim terpaksa memberitahu Kuma dan rakan-rakannya bahawa dia akan berpindah sekolah. Selama 6 bulan dia mengajar di situ, sedikit sebanyak telah mengajarnya untuk berdikari dan mengenali tanggungjawab sebagai seorang guru yang bertugas ke pedalaman. Kuma seakan tidak dapat menerima hakikat itu, tapi hanya mampu melihat Cikgu Halim berlalu pergi. Perpisahan itu amat memedihkan hati banyak pihak.
Kuma telah dibawa lari oleh Billy sebagai tebusannya. Billy cuba melarikan diri menggunakan jalan tikus ke sempadan bagi mengelak dirinya ditangkap oleh pihak berkuasa. Halim cuba mengesan dan mengejar Billy. Dengan bantuan cikgu Nazri mereka berjaya menjejak Billy. Perhitungan terakhir antara Billy dan cikgu Halim. Adakah Kuma Berjaya diselamatkan?
Halim terkejut apabila menerima kunjungan daripada ibu dan tunangnya yang datang melawat Halim di sekolah hulu Sarawak. Kejutan itu bertambah apabila ibu nya datang membawa surat perpindahan Halim ke sekolah baru di bandar Ipoh Perak. Perasaan Halim bercampur baur. Adakah beliau perlu menerima tawaran baru itu dan dengan gembiranya balik ke semenanjung?
Halim bersama cikgu-cikgu dan murid-murid SK Ruai Sebuyau pergi berkelah di sungai Ruai untuk meraikan kemenangan Kuma dalam pertandingan Inovasi. Kegembiraan mereka diganggu oleh Billy dan kuncu-kuncunya yang mengacau Halim dan Cynthia. Sementara itu, Cikgu John menemui penyelewengan dalam kontrak kerja kontraktor dan bersemuka dengan Encik Raden. Halim terkejut melihat tunangnya, Anisah, berada di sekolah. Apa yang telah terjadi?
Walaupun disabotaj, Kuma dan kawan-kawannya berjaya memperbaiki dan menambah baik ciptaan mereka sebelum penilaian. Kejutan berlaku apabila ciptaan Kuma mendapat tempat pertama! Mereka meraikan kejayaan itu dengan gembira. Cikgu John memberikan surat sokongan perpindahan kepada Cikgu Halim. Adakah Halim kini boleh berpindah?
Halim membawa Kuma ke pertandingan Inovasi di Kuching. Kuma gembira apabila melihat bandaraya yang maju dan pesat membangun. Halim perlu mendapatkan pencapaian yang memuaskan untuk sekolah mereka walaupun dia tahu misinya agak mustahil, tapi ia perlu dicapai agar Cikgu John menyokong penuh rayuan permohonan perpindahannya itu. Tetapi di hari pertandingan, ciptaan Kuma telah disabotaj. Adakah mereka akan menyerah kalah?
Halim bertembung dengan Billy yang menyalahkan mereka sengaja mencari pasal dengannya. Billy memberikan amaran kepada Halim. Di dalam kesibukan untuk mempersiapkan ciptaan inovasi Kuma yang akan dibawa dan dipersembahkan dalam pertandingan Inovasi peringkat kebangsaan di Kuching, mereka menghadapi isu kekurangan dana dan juga peralatan yang diperlukan bagi menjayakan ciptaan mereka. Kuma juga kelihatan agak letih dari kebiasaan menjadi tanda tanya mereka.
Gangguan bekalan elektrik dan telekomunikasi menjadi semakin kerap berlaku. Kecurian kabel elektrik di kampung itu dan di kawasan sekolah amat mengganggu proses pembelajaran.
Halim bersama cikgu Nazri bekerjasama dengan pihak kampung untuk mengadakan rondaan keselamatan di sekitar kawasan sekolah dan juga kampung Ruai. Manakala Mac dan Kuma mempunyai idea tersendiri, mereka membuat intipan pada malam harinya dan bertembung dengan kumpulan pencuri kabel. Mereka ditangkap oleh kumpulan pencuri kabel itu, adakah mereka akan terselamat?
Pihak sekolah dan pihak polis sedang menyiasat insiden kemalangan yang menyebabkan kecederaan Sylvester disebabkan kecuaian dari pihak kontraktor yang dilantik, Billy, namun kes tersebut tidak dilanjutkan oleh ibubapa murid-murid. Halim sangat kesal degan Billy. Selain itu, Cikgu Halim perlu melaksanakan satu program syarahan dalam English anjuran SK Ruai Sebuyau yang diberikan oleh Guru Besar kepadanya dengan baik agar mendapat sokongan Cikgu John untuk permohonannya berpindah.
Ketidakhadiran Kuma selama dua hari berturut-turut menyebabkan kebimbangan Cikgu Halim. Longgokan perabot sekolah yang rosak tidak terjaga baik oleh En Raden dan kontraktor telah menyebabkan masalah baru untuk sekolah.
Cikgu Halim mempertanyakan isu ini kepada pihak sekolah. Namun, keadaan itu bertambah memburuk apabila seorang murid cedera terkena serpihan kayu kerusi yang rosak.
Cikgu Halim bercadang untuk mengadakan Hari Kerjaya di sekolah tetapi mendapat sambutan dingin dari pihak guru lain, walaubagaimanapun Caikgu Halim meneruskan Hari Kerjaya tersebut dengan sokongan guru besar dan Cikgu Cynthia.
Dengan menayangkan video kerjaya dan lakonan pelajar, program ini bertujuan untuk membangkitkan semangat para pelajar dan menarik minat ibu bapa. Adakah usahanya akan membuahkan hasil?
Halim berkenalan dengan seorang budak Iban bernama Kuma. Perkenalan tidak dirancang malah Halim dikenakan oleh budak-budak kampung di situ menyebabkan Halim menjadi lebih marah dan tekad untuk berhenti kerja.
Di hari pertama beliau mengajar, beliau mendapati hanya seorang murid di dalam kelasnya. Keadaan berterusan sehingga hari ke tiga dan seterusnya. Halim mula melihat profil setiap pelajar dan dengan bantuan Cikgu Cynthia cuba melihat isu-isu yang dihadapi oleh sekolah dan para pelajar.
Beliau dapati budak Iban yang dikenalinya tempoh hari adalah salah seorang anak muridnya. Halim cuba mengenali mereka dan mendalami masalah mereka.
Pengembaraan Halim bermula ketika menerima surat tawaran mengajar di Sekolah Kebangsaan Bukit Ruai yang terletak di pedalaman Sarawak.
Halim dalam dilema sama ada untuk menerima atau menolak tawaran itu. Ibu dan tunangnya Anisah menentangnya untuk pergi, namun ayah Halim menyokong anakya pergi ke Sarawak untuk menabur bakti kepada nusa dan bangsa.
Dalam diam, Halim bertekad mahu berhenti menjadi guru selepas pergi ke sekolah berkenaan dalam tempoh 30 hari bagi memenuhi syarat-syarat melapor diri dan arahan daripada Kementerian Pelajaran agar beliau tidak didenda.
Dalam perjalanan Halim ke sekolah berkenaan beliau ditimpa dengan pelbagai dugaan, menjadikan Halim lebih bertekad untuk berhenti menjadi guru.