MIRI, 29 Ogos: Pustaka Negeri Sarawak Miri menganjurkan pertandingan cosplay sempena Stemplayground 2024 yang diadakan pada 7 hingga 8 September untuk kanak-kanak berumur 12 tahun ke bawah.
Pertandingan tersebut bertemakan semua jenis genre cosplay dari media hiburan seperti wira atau watak anime.
Tema yang tidak dibenarkan adalah karakter semulajadi (OC).
Pertandingan berkenaan diharapkan dapat memupuk minat mendalam terhadap STEM supaya kanak-kanak diberikan pendedahan mencukupi dan peluang berinteraksi seterusnya membina komuniti berorientasikan sains.
Menurut Pustakawan Dorithy Dela Lawrence, tujuan pertandingan cosplay diadakan untuk membina dan mengukuhkan komuniti yang mempunyai minat sama serta membolehkan peminat bertemu dan berkongsi pengalaman.
Hadiah kemenangan berupa wang tunai bakal menanti pemenang tempat pertama hingga ketiga dan saguhati kepada lima peserta.
Ikutilah acara tersebut untuk mengembangkan minat anak dalam STEM sambil berinovasi secara kreatif dalam bidang ini. – TVS