MUKAH, 20 Ogos: Melaka mara ke separuh akhir acara bola sepak lelaki Sukan Malaysia (SUKMA) XXI 2024 selepas menewaskan Perak dengan jaringan 2-1 dalam saingan suka akhir di Padang Mesra MDDM, Mukah hari ini.
Perak membuka jaringan awal menerusi Mohamad Haziq pada minit ke-61, namun Melaka bangkit dengan dua gol pada minit ke-65 dan 87 menerusi Muhammad Aqil dan Muhammad Haziq untuk memastikan kemenangan milik mereka.
Di Stadium Mukah, Wilayah Persekutuan turut menempah slot ke separuh akhir selepas menewaskan Pulau Pinang 2-0.
Gol kemenangan Wilayah Persekutuan dijaringkan oleh Aiyubi Solahuddinnizam Muhammad Nasarudin pada minit ke-57 dan Muhammad Shahrulaikal Mohamad Nasir pada minit ke-95. – TVS