MIRI, 20 Ogos: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bekenu, Datuk Rosey Yunus mencadangkan agar Kerajaan Sarawak membuka sebuah pusat pelayaran di Bekenu, Miri.
Beliau mencadangkan agar pusat tersebut didirikan dengan segala kelengkapan untuk menjalani latihan.
“Untuk pusat pelayaran kita minta disokonglah untuk mengadakan pusat pelayaran di kawasan kita di Bekenu, Bungai. Di Bungai juga sesuai kerana ia berhadapan dengan laut seperti di sini (Marina Bay),” katanya ketika ditemui media di Marina Bay di sini, hari ini.
Katanya, adalah penting untuk Sarawak mempunyai pusat pelayaran agar dapat melatih atlet-atlet Sarawak sehingga ke Olimpik.
Peluang sebegini katanya, harus dimanfaatkan sebaiknya.
Sukan Pelayaran untuk temasya Sukan Malaysia (SUKMA) XXI Sarawak pada kali ini diadakan di Marina Bay, Miri. – TVS