KUCHING, 19 Ogos: Pasukan petanque Sarawak menampilkan aksi cemerlang hari ini selepas meraih dua pingat emas dan satu perak masing-masing dalam acara perseorangan lelaki dan wanita.
Pada aksi yang berlangsung di Gelanggang Petanque Negeri Sarawak, menyaksikan acara perseorangan lelaki akhir didominasi atlet tuan rumah apabila wakil mereka Farid Amirul Muhammad dan Alif Zayd Zen berentap sesama sendiri untuk merebut pingat emas.
Aksi kemas ditampilkan Farid Amirul menyaksikan beliau tidak berdepan masalah untuk menewaskan Alif Zayd 13-6.
Pingat gangsa dalam acara itu dimenangi atlet Terengganu Muhammad Syafiq Asyraf Mohd Yusoff yang menewaskan wakil Sabah, Muhammad Aiman Danial Mohd Ali 13-5.
Bagi acara perseorangan wanita, wakil tuan rumah Sharifah Daniamal Yana Wan Deros mengikut jejak rakan sepasukannya meraih emas apabila menewaskan wakil Melaka Saidatul Ummairah Md Dani 12-6 pada perlawanan akhir.
Atlet Perak, Athirah Sareh pula meraih gangsa selepas mengatasi wakil Perlis Alisyya Sofea Azli 13-5. -TVS