KUCHING, 13 Ogos: Singapura pada Selasa menaik taraf unjuran pertumbuhan ekonominya untuk tahun ini selepas mengatasi jangkaan pada suku kedua dengan keyakinan bahawa sektor pembuatan akan pulih secara beransur-ansur.
Kementerian Perdagangan berkata ia disasarkan sedemikian susulan perkembangan semasa ekonomi Kota Singa yang dipacu eksport berkembang 2.0 hingga 3.0 peratus tahun ini, berbanding unjuran 1.0 hingga 3.0 peratus pada tahun sebelumnya.
Pada 2023 ia meningkat 1.1 peratus dan 3.8 peratus pada 2022.
Prestasi ekonomi negara Kota Singa itu sering dilihat sebagai barometer persekitaran global kerana pergantungannya pada perdagangan antarabangsa.
Data kementerian perdagangan pada Selasa menunjukkan ia meningkat 2.9 peratus pada April hingga Jun, lebih baik daripada anggaran 2.7 peratus berikutan pengembangan 3.0 peratus yang dilihat dalam tiga bulan sebelumnya.
Jelas kementerian itu lagi antara pasaran eksport utama adalah dari permintaan Amerika Syarikat yang dilihat berkurangan secara beransur-ansur berikutan penggunaan yang perlahan, manakala ekonomi China diramalkan mengembang pada kadar perlahan pada separuh kedua.
“Bagaimanapun, pertumbuhan di zon euro dijangka bertambah baik, manakala ekonomi utama Asia Tenggara dijangka meningkat sedikit.
“Secara seimbang, prospek permintaan luar Singapura dijangka berdaya tahan sepanjang tahun ini,” kata kenyataan tersebut.
Ia juga menyatakan kemungkinan halangan termasuk potensi “intensifikasi konflik geopolitik dan perdagangan” dan keadaan kewangan yang lebih ketat yang boleh “mencetuskan turun naik pasaran atau kelemahan terpendam dalam sistem perbankan dan kewangan”.
Sektor pembuatan yang menjadi tonggak ekonomi utama, menguncup 1.0 peratus ke pada suku kedua ekoran terjejas oleh pengeluaran yang lemah dalam farmaseutikal.
Bagaimanapun, itu lebih kecil daripada pengecutan 1.7 peratus pada suku pertama.