KUCHING, 12 Ogos: Raptai hari pertama sempena Majlis Perasmian dan Upacara Pembukaan Sukan Malaysia (SUKMA) ke-21 meriah dan berjalan lancar.
Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah turun padang untuk melihat persiapan bagi acara tersebut di Stadium Sarawak di sini malam ini.
Mengiringi beliau Timbalan Setiausaha Kerajaan Sarawak (Operasi) yang juga Ketua Pegawai Eksekutif SUKMA dan Para SUKMA XXI Sarawak 2024, Datu Hii Chang Kee.
SUKMA kali ini memaparkan keunikan kebudayaan dan identiti Bumi Kenyalang.
Seramai 1,800 peserta yang terdiri daripada pelbagai persatuan, pelajar institusi pengajian tinggi awan dan swasta termasuk pelajar sekolah turut terlibat dalam acara berprestij tersebut.
SUKMA Sarawak 2024 yang akan berlangsung secara rasmi pada 17 hingga 24 Ogos 2024 melibatkan sembilan bahagian iaitu Kuching, Samarahan, Serian, Sri Aman, Betong, Sibu, Mukah, Bintulu dan Miri dengan 37 jenis sukan dipertandingkan.-TVS