KUALA LUMPUR, 7 Ogos: Penenjun wanita negara, Nur Dhabitah Sabri layak ke separuh akhir acara terjun tiga meter papan anjal Sukan Olimpik Paris 2024 sebentar tadi.
Nur Dhabitah memungut keseluruhan 283.65 mata untuk berada di tempat ke-12 daripada 28 peserta.
Penenjun berusia 25 tahun itu bermula cemerlang apabila menduduki tempat kedua selepas terjunan pertama dengan mengumpul 67.50 mata.
Bagaimana Nur Dhabitah merosot dalam tiga terjunan berikutnya apabila mencatatkan 63, 54 dan 48 mata sebelum bangkit dengan terjunan terakhir dengan 51.15 mata.
Penerjun China, Chen Yiwen mengungguli kedudukan teratas dengan catatan 356.40 diikuti Kenny Maddison dari Australia yang merekodkan 337.35 mata.
Atlet Mexico, Vazquez Montana melengkapkan tiga tempat teratas selepas mengumpul 321.74 mata.
Seramai 18 peserta terbaik layak dengan penerjun Cuba, Anisley Garcia menjadi peserta terakhir mengesahkan slotnya. -TVS.