KUCHING, 7 Ogos: Pameran Pendidikan YB Dato Lo 2024 yang diadakan pada Sabtu, 10 Ogos ini bertujuan untuk membantu para pelajar di Bandaraya ini melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Kitang Dato Lo Khere Chiang berkata, sebanyak 22 institusi pengajian tinggi yang menawarkan pengajian sepenuh masa serta separuh masa bakal menyertai karnival berkenaan di Boulevard Mall Kuching di sini.
“Pasukan kita akan membantu golongan ini untuk mengisi pemohonan serta mendapatkan bantuan kewangan berkaitan.
“Ini sekali gus menggalakkan mereka untuk menggapai matlamat pendidikan kerana kita percaya setiap individu tanpa mengira latar belakang berhak mendapat masa depan yang cerah,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media pelancaran Pameran Pendidikan YB Dato Lo 2024 di sini pada Rabu.
Pameran berkenaan juga bakal disertai tiga institusi kewangan yang membantu menyediakan pembiayaan pebelajaran antaranya Yayasan Sarawak, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dan Jabatan Perkhidmatan Awan (JPA). -TVS