KUCHING, 7 Ogos: Proses pendaftaran atlet dan pegawai pasukan yang menyertai Sukan Malaysia (SUKMA) XXI Sarawak 2024 bermula hari ini, 7 Ogos.
UKAS melaporkan, Mesyuarat pendaftaran delegasi (DRM) akan dijalankan sehingga esok, 8 Ogos di Bilik Asajaya, Hotel Grand Margherita, di sini.
Sesi pagi ini melibatkan tiga kontinjen: tuan rumah, Sarawak, Perak, dan Terengganu.
Pada sebelah petang pula, kontinjen dari Wilayah Persekutuan, Pahang, dan Sabah akan didaftarkan.
Seterusnya, esok pagi merupakan giliran kontinjen Johor, Melaka, Pulau Pinang, dan Selangor.
Ini akan diikuti oleh kontinjen dari Kelantan, Kedah, Perlis, dan Negeri Sembilan pada sesi petang.
Tujuan mesyuarat berkenaan diadakan bertujuan bagi mengesahkan pendaftaran atlet dan pegawai pasukan bagi 15 kontinjen yang bertanding.
Sebarang perubahan pada acara atau atlet boleh dilakukan semasa mesyuarat terbabit.
Proses pendaftaran pagi ini diselia oleh Setiausaha Tetap Kementerian Belia, Sukan, dan Pembangunan Usahawan Sarawak, Morshidi Fredrick.Â