IPOH, 6 Ogos: Polis memberkas seorang lelaki warga emas berusia 71 tahun yang disyaki melakukan amang seksual terhadap kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun di rumah pengasuh di Kampung Sungai Pulau, Sungai Sumun, Bagan Datuk dekat sini hari ini.
Kes culik kanak-kanak: Polis siasat motif termasuk kemungkinan suspek pedofilia
Ketua Polis Perak, Datuk Azizi Mat Aris berkata, suspek ditahan di rumahnya kira-kira pukul 5 petang selepas ibu mangsa berusia 39 tahun membuat laporan berhubung kejadian itu.
“Suspek yang ditahan bagi siasatan lanjut merupakan suami kepada bekas pengasuh kanak-kanak itu,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Ujar beliau, kes disiasat mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017. – TVS