KUALA LUMPUR, 1 Ogos: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi peringatan terhadapĀ pihakĀ Meta Platforms Inc (Meta) supaya tidak menjadi perkakas rejim Zionis.
Menerusi hantaran di Facebook, Perdana Menteri menyelar tindakan Meta yang sekali lagi bertindak biadab dan menghina perjuangan rakyat Palestin apabila menurunkan hantaran video serta ucapan takziah dan kritikan terhadap pembunuhan Ketua Biro Politik Hamas Ismail Haniyeh.
Anwar berkata adalah tidak masuk akal apabila hantaran menghormati seorang pejuang yang berusaha memerdekakan tanah airnya daripada kezaliman dan penderitaan dianggap berbahaya.
āPeringatan tegas saya terhadap Meta – usah jadi bacul dan perkakas rejim zalim Zionis Israel!ā katanya.
Semakan di akaun Instagram Perdana Menteri mendapati, tiga hantaran beliau semalam yang mengutuk pembunuhanĀ Ismail Haniyeh dan berkongsi gambar pertemuan dengan pemimpin Hamas itu diturunkan daripada aplikasi media sosial berkenaan.
Penurunan hantaran itu disertakan dengan kapsyen āDangerous individuals and organisationsā.
SemalamĀ Pejabat Perdana Menteri mengecam tindakan MetaĀ yangĀ sekali lagi menurunkan hantaran gambar perjumpaan Anwar dengan pemimpin Hamas di Doha, QatarĀ daripada aplikasiĀ Instagram.
Bahagian Media dan Komunikasi Strategik, Pejabat Perdana Menteri menerusi hantaran di laman FacebookĀ berkata tindakan itu ternyata memperlihatkan diskriminasi terhadap situasi di Palestin dan pemimpin negara itu.
āSehubungan ituĀ pihak kami menuntut penjelasan berhubung perkara ini, dan mendesak Meta memohon maaf,ā menurut kenyataan itu yang turut dikongsikan pada akaun media sosial rasmi Perdana Menteri.
Perdana Menteri pada 14 Mei lepasĀ berkongsi gambar pertemuan bersamaĀ pemimpin Hamas termasuk Ismail Haniyeh di media sosial rasmi beliau, namun Meta bertindak menurunkan hantaran itu tidak lama kemudian.
Tindakan itu dikecam, sehingga Meta bertindak memuat naik semula hantaran berkenaan.