MIRI, 31 Julai: Miri Arts Festival 2024 (MAF’24) akan berlangsung pada 1 hingga 4 Ogos ini di Pullman Miri Waterfront.
Penganjuran MAF’24 dengan kerjasama Samsung Electronics menjanjikan program-program yang menarik untuk para pengunjung melalui inovasi teknologi Samsung.
Samsung akan menyediakan rangkaian produk terbaharu mereka yang mengagumkan untuk menyokong MAF’24, memastikan pengunjung menikmati pengalaman yang mendalam dan ditambah baik dari segi teknologi.
Para pengunjung boleh merasai pengalaman yang menakjubkan dengan penggunaan TV Samsung QLED dan UHD termasuk siri The Frame yang menggabungkan seni dan teknologi.
Selain itu, penggunaan Samsung Audio Premium Solutions dan pembersih udara (air purifier) akan memberikan persekitaran yang selesa kepada pengunjung.
Pengarah MAF’24 Azeez Salleh dalam satu kenyataan menyatakan keterujaan pihaknya untuk bekerjasama dengan Samsung yakni katanya produk inovatif Samsung bukan sahaja akan meningkatkan pengalaman pengunjung tetapi juga menetapkan penanda aras baharu untuk festival seni di masa akan datang.
Produk terulung Samsung akan ditempatkan secara strategik di seluruh tempat festival.
Kerjasama ini menekankan komitmen Samsung untuk menyokong seni dan memupuk landskap budaya yang dinamik di Malaysia. – TVS