PUTRAJAYA, 30 Julai: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg hari ini menerima Anugerah Kepimpinan Teknologi daripada Lembaga Teknologis Malaysia (MBOT).
Pemilihan itu berdasarkan kepimpinan cemerlang Abang Johari yang memacu Sarawak meneroka ekonomi hijau dan tenaga boleh diperbaharui.
Anugerah disampaikan oleh Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Chang Lih Kang sempena Majlis Experts Network in Technology, Innovation and Cooperative Event (MBOT ENTICE 2024), di sini, hari ini.
Turut mengiringi Abang Johari ialah Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas, Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Hal Ehwal Korporat, Penerangan dan Unit Komunikasi Awam Sarawak) Datuk Abdullah Saidol dan Setiausaha Kerajaan Sarawak, Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki. -TVS.