BARIO, 27 Julai: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof diberi nama Kelabit, Dato Sri Raja Dita oleh ketua masyarakat serta pemimpin kaum Kelabit pada Pesta Nukenen dan Kebudayaan Kelabit Bario ke-17 di sini, hari ini.
Pemanca Callena Lallang Sakai berkata, ‘Raja’ dalam bahasa Kelabit merupakan gelaran tertinggi, manakala Dita merujuk kepada kedudukan tertinggi dalam memimpin negara menuju kemajuan dan kemakmuran.
“Nama Dato Sri bermaksud anda adalah salah seorang pemimpin kami yang paling terhormat.
“Selain itu, istilah sebenar untuk pemimpin dalam bahasa Kelabit adalah ‘La’ih Rayah’ yang bermaksud lelaki besar atau lelaki hebat begitulah Dato Sri yang digambar sebagai seorang lelaki hebat,” katanya.
Selain itu tambah Callena, beliau turut menyifatkan Fadillah seorang pemimpin yang berupaya melaksanakan tugas dan tanggungjawab sebagai Timbalan Perdana Menteri.