KUCHING, 25 Julai: Sembilan pelajar dari Sarawak berjaya mengikuti program matrikulasi selepas permohonan rayuan mereka diluluskan pada 8 Julai lalu.
Setiausaha Publisiti Pusat Pemuda Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), Milton Foo Tiang Wee berkata, keputusan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) itu merupakan khabar baik kepada empat pelajar dari Kuching, masing-masing dua pelajar dari Sibu dan Miri dan Sarikei (seorang).
“Saya ingin memaklumkan bahawa kami telah menerima senarai untuk membantu berkenaan rayuan itu dan untuk hari ini kami mempunyai sembilan mereka telah rayuan berjaya.
“Sembilan daripada 16 orang berjaya merayu kursus matrikulasi jadi saya bersyukur mengucapkan tahniah kepada mereka,” katanya pada sidang media di Pejabat Milton And Co. Advocates di Kuching pada Khamis.
Dalam pada itu, Foo menasihati mereka yang belum mendapat keputusan agar bersabar dan tidak berputus asa. -TVS