SHAH ALAM, 2 Julai: Kes pecah rumah pemain pertahanan Selangor FC Ahmad Khuzaimi Piee selesai dengan penahanan dua lelaki dipercayai terlibat dalam kejadian itu di Marang, Terengganu pada 26 Jun lepas.
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata kedua-duanya yang berusia 28 dan 33 tahun ditahanĀ diĀ Kilometer 23, Jalan Kuala Terengganu-Kuantan berhampiran Kampung Alur Tuman,Ā sekali gus mengesahkan bahawa insiden berkenaan tidak mempunyai kaitan dengan insidenĀ jenayahĀ membabitkan beberapa pemain bola sepak lain.
āPenahanan dilakukan sepasukan polis daripada Unit Risikan/Operasi/Rekod Jenayah (D4) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Selangor, D4 JSJ IPK Terengganu dan D4 Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam.
āMereka ditahanĀ selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya di kawasan ituĀ ketika sedang dijejaki pihak polis,ā katanya pada sidang media di IPK Selangor di siniĀ hari ini.
Hussein berkata siasatan awal mendapati kedua-dua lelakiĀ yang mula aktif melakukan jenayah pecah rumahĀ sejak awal tahun ini telah terlibat dalam sembilan kes pecah rumah di Selangor, Terengganu, Pahang dan Melaka.
Beliau berkata pihaknya turut menemukan sejumlah barang dipercayai hasil kegiatan pecah rumah di dalam butĀ keretaĀ dinaiki suspek dan siasatan lanjut terhadap mereka, polis merampas beberapa bahan bukti lain antaranya sebuah motosikal Yamaha Y15ZR, beg tangan, telefon bimbit serta jam tangan keseluruhannya bernilai RM55,000.
āMereka didapati positif terhadap dadah jenis Methamphetamine dan direman seminggu hingga esok untuk siasatan mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan,ā katanya.
Media pada 23 Mei lepasĀ melaporkan polis memburu suspek yang disyaki memecah masuk rumah Ahmad KhuzaimiĀ dan melarikan sebuah motosikal milik mangsaĀ di sini pada malam 22 Mei.
Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Mohd Iqbal Ibrahim berkata pihaknya menerima laporan berkaitan kejadian daripada pemain berusia 31 tahun itu pada 11.30 malam. -TVS