MIRI, 1 Julai: Festival WAK (What About Kuching) bakal diadakan di Miri selama empat hari bermula 1 sehingga 4 Ogos tahun ini di Coco Cabana dan beberapa lokasi lain.
Datuk Bandaraya Miri, Adam Yii Siew Sang berkata, festival itu akan menyatukan peminat seni dan komuniti kreatif di Miri, yang secara tidak langsung dapat memenuhi melawat Miri sebagai Bandaraya Peranginan yang sesuai didiami.
“Sebagai platform festival akses terbuka yang didedikasikan untuk Seni, Budaya dan Gaya Hidup, WAK Miri mengalu-alukan banyak komuniti kreatif di Miri dan kawasan sekitarnya untuk datang dan menjadi sebahagian daripada perayaan-perayaan yang menarik, sejajar dengan visi Miri untuk menjadi sebuah hijau, pintar dan bandaraya peranginan antarabangsa yang paling sesuai untuk didiami,” katanya.
Beliau berkata demikian semasa sidang media Festival WAK (What About Kuching) Miri di Dewan Bandaraya Miri pada Isnin.
Terdahulu, Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah telah mengumumkan festival mini WAK akan diadakan di Sibu dan Miri pada bulan Mac lepas.
Festival WAK berhasrat untuk mempromosikan semangat kreatif tempatan kepada khalayak tempatan dan global dalam pelbagai genre kreatif; daripada persembahan Muzik Langsung, Cabaran Sukan, pameran Seni dan Kraf, Program Kanak-kanak Pameran Komuniti Setempat dan Antarabangsa
Kepada mereka yang berminat untuk menjadi sebahagian daripada festival ini, pendaftaran dibuka pada hari ini sehingga 7 Julai secara atas talian di laman web www.aboutkuching.com atau https://bit.ly/wakmiricfp. -TVS