NEW YORK, 1 Julai: Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dijadual mengadakan sesi khas esok, Selasa, bagi membincangkan situasi kemanusiaan yang berterusan di Gaza, terutamanya memberi tumpuan kepada usaha pembinaan semula di wilayah itu.
Ahli Majlis Keselamatan akan menerima taklimat daripada Sigrid Kaag, Penyelaras PBB bagi Hal Ehwal Kemanusiaan dan Pembinaan Semula di Gaza, lapor Agensi Berita dan Maklumat Palestin (WAFA).
Taklimat itu adalah selaras dengan Resolusi 2720, yang diterima pakai pada 22 Disember 2023.
Baru-baru ini, Kaag mengadakan perbincangan di Washington dengan Setiausaha Negara Amerika Syarikat Antony Blinken mengenai situasi di Gaza. -TVS