KUCHING, 27 Jun: Lebih 400 orang anggota dan pegawai polis akan bertugas sepanjang Rainforest World Music Festival (RWMF) ke-27 pada 28 hingga 30 Jun ini.
Ketua Polis Daerah Kuching, Ahsmon Bajah berkata pasukannya siap siaga yang tinggi sepanjang festival yang berlangsung di Kampung Budaya Sarawak di sini.
“Ia melibatkan seramai 32 orang pegawai, 277 anggota polis, 20 anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA), 74 pengawal keselamatan dari Mahafiz Security serta 20 dari Unit Keselamatan dan Penguatkuasaan Sarawak (UKPS),” katanya dalam kenyataan hari ini.
Penggunaan dron tanpa permit di kawasan tidak dibenarkan serta beliau bertegas mana-mana individu yang melanggar peraturan boleh disabitkan kesalahan di bawah Peraturan-Peraturan Penerbangan Awam 2016.
Ahsmon dalam masa sama menasihati pengunjung agar tidak meletakkan kenderaan di bahu jalan bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas dan sentiasa mematuhi arahan dari para petugas untuk meletakkan kenderaan di tempat yang disediakan. – TVS