KUALA LUMPUR, 27 Jun: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menyekat 19 laman sesawang dan menurunkan 23 kandungan berkaitan ubat kuat bagi tempoh 1 JanuariĀ hingga 1 Jun 2024.
Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching berkata, SKMM bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan (KKM) bagi menyekat pengiklanan produk makanan yang mengelirukan dan penjualan ubat tidak berdaftar.
āKesemua permohonan yang diterima adalah berdasarkan kesalahan di bawah bidang kuasa KKM.
“Akta yang berkaitan adalah Akta Racun 1952, Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984 serta Akta Ubat (Iklan & Jualan) 1956,” katanya pada sesi Pertanyaan ā Pertanyaan Bagi Jawab Lisan di Dewan Rakyat di sini hari ini.
Beliau menjawab soalan Komander (B) Nordin Ahmad Ismail (Perikatan Nasional -Lumut) yang ingin tahu tindakan diambil oleh kementerian terhadap video dan gambar lucah di Facebook dan Telegram yangĀ mempromosikan produk berkaitan seks dan ubat kuat.
Sementara itu Nie Ching memaklumkan keputusan untuk menurunkan sesuatu kandungan adalah berdasarkan penelitian terhadap terma dan syarat perkhidmatan serta standard komuniti yang dibangunkan penyedia platform.
Jelasnya, penyedia platform yang berpangkalan di luar negara tidak tertakluk dengan nilai, norma masyarakat dan undang-undang Malaysia malah tidak memahami konteks tempatan dalam kerja penyederhanaan kandungan mereka.
āPengguna media sosial perlu memahami bahawa algoritma media sosial menganalisis tingkah laku pengguna, kesesuaian kandungan, hantaran terkini, metrik penglibatan dan hubungan antara pengguna.
āMaklumat ini digunakan untuk menentukan apa kandungan yang akan dibekalkan dalam suapan berita atau laman utama pengguna,” tambahnya. -TVS