KUCHING, 27 Jun: Seorang warga emas cedera ringan selepas kereta dipandunya hilang kawalan lalu terbalik atas jalan raya dalam kemalangan kendiri diĀ Lorong Kempas 12, Jalan Tun Jugah, di sini semalam.
JurucakapĀ Pusat Gerakan Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, sepasukan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Batu Lintang bergerak ke lokasi kejadian setelah menerima panggilan berhubung insiden itu sekitar jam 10.12 malam.
“Tiba di lokasi kejadian, pasukanĀ bomba mendapati berlaku kemalangan kendiriĀ melibatkan sebuah kereta terbalik atas jalan raya.
āMangsa berusia 62 tahun itu telah dikeluarkan dari kenderaan oleh orang awam sebelum pihak bomba tiba di lokasi.
āUnit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) memberi rawatan awal seterusnya mangsa dihantar ke Borneo Medical Centre (BMC) atas permintaan keluarga mangsa,ā katanya menerusi kenyataan hari ini.
Operasi tamat pada jam 10.53 malam. – TVS