JAKARTA, 26 Jun: Sebanyak 918.519 kilogram (kg) dadah dengan pelbagai jenis dirampas oleh pihak Badan Narkotika Nasional Indonesia (BNN).
Jumlah itu merangkumi sebanyak 112.8 kilogram syabu, 806.1 kilogram ganja, dan 11,531 biji ekstasi yang telah dirampas daripada kes jenayah di wilayah Sumatera dan Jawa.
Menurut Ketua BNN, Marthinus Hukom, semua barangan haram yang dirampas itu merupakan hasil daripada pembongkaran 128 kes jenayah dadah yang melibatkan 220 suspek dan akan dimusnahkan.
“Ini merupakan hasil daripada operasi yang kita jalankan dalam tiga bulan kebelakangan di pintu-pintu masuk penyelundupan dadah, seperti yang kita lihat es yang berlaku masih cukup banyak sehingga kita akan terus tingkatkan operasi kita,” katanya dalam kenyataannya di Riau, Indonesia.
Beliau menegaskan bahawa pengedaran dan penyalahgunaan dadah masih menjadi ancaman nyata bagi Indonesia.
Sekurang-kurangnya seramai 640,234 penagih diselamatkan melalui pemusnahan semua barang haram tersebut dari ancaman bahaya dadah.
Selain itu, Marthinus juga menyebut bahawa rampasan itu bertujuan mencegah kerugian sosial dan ekonomi akibat aktiviti pengedaran dadahd di Republik itu.
Tambahnya, kesemua suspek bakal berdepan dengan hukuman mati mengikut undang-undang yang ditetapkan. -TVS