KUCHING, 25 Jun: Kira-kira 600 juruaudit daripada sektor awam dan swasta peringkat negeri dan persekutuan menghadiri Majlis Makan Malam anjuran Kerajaan Sarawak bersempena Persidangan Juruaudit Kebangsaan 2024.
Tetamu kehormat majllis itu Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Dr.Sim Kui Hian mewakili Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg serta Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak ( Integriti dan Ombudsman), Datuk Dr.Juanda Jaya.
Turut serta juga adalah ahli-ahli dari Institut Akauntan Malaysia (MIA).
Majlis yang diadakan di Grand Ballroom, Riverside Majestic Hotel, Astana Wing, Kuching juga turut akan mengadakan penyampaian cenderahati kepada Jawatankuasa Kerja CSR daripada tujuh agensi.
Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Dr. Sim Kui Hian bakal menyampaikan amanatnya mewakili Premier Sarawak yang akan berkongsikan hala tuju dalam bidang audit dalam hala tuju Pelan Pembangunan Pasca Covid-19 Sarawak (PCDS 2030).
Terdahulu, juruaudit daripada sektor awam dan swasta dari seluruh negara mengambil bahagian pada Persidangan Juruaudit Kebangsaan 2024 anjuran Jabatan Audit Negara.
Bertemakan, ‘Memperkasa Tatakelola: Mendepani Cabaran Masa Kini’ itu sebagai platform untuk bertukar pandangan dan idea tentang perkembangan terkini berkaitan profesion tersebut.
Persidangan ini juga bertujuan membincangkan cabaran, pendekatan dan kaedah terbaik untuk mendepani cabaran tatakelola masa kini.-TVS