KUCHING, 25 Jun: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata kerajaan akan memberhentikan penyaluran peruntukan pentadbiran kepada Lembaga Kemajuan Ekonomi Sarawak (SEDC) dan Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA) bermula 2027.
Menurut beliau keputusan berkenaan bertujuan agar syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLC) berkenaan mula menghasilkan peruntukan sendiri.
“Mereka perlu berdiri sendiri. Ini bermakna kerajaan Sarawak boleh berjimat dan menggunakan pendapatan yang ada untuk menaik taraf infrastruktur strategik di wilayah ini,” kata beliau pada Persidangan Juruaudit Kebangsaan 2024, di BCCK, hari ini.
Berita lanjut menyusul. -TVS