LAWAS, 23 Jun: Seramai 73 penghuni hilang tempah berteduh selepas lima buah rumah musnah dalam kebakaran di Kampung Pemukat, Kuala Lawas, di sini petang tadi.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Lawas (BBP) Azman Ibrahim berkata, sejurus menerima panggilan kecemasan pada 5.47 petang, sepasukan anggotanya bergegas ke lokasi yang terletak sejauh 43 kilometer (km) dari balai.
“Setibanya di lokasi, anggota segera melakukan pemadaman untuk menghalang api merebak,” katanya menerusi kenyataan media hari ini.
Tambah beliau, selain BBP Lawas, usaha memadam kebakaran turut dibantu oleh anggota dari BBP Sipitang, Sabah.
“Kebakaran dapat dikawal pada 7.07 malam dan jumlah kerugian dan punca kebakaran masih dalam siasatan,”ujarnya. -TVS