KUCHING, 22 Jun: Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar menerima kunjungan hormat daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di sini, hari ini.
Perdana Menteri tiba di Astana Negeri Sarawak kira-kira jam 6.20 petang dan meluangkan masa sekitar 40 minit bersama dengan Tun Dr Wan Junaidi.
Usai pertemuan tersebut, Perdana Menteri meneruskan agenda beliau ke Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) untuk menghadiri Majlis Makan Malam Gawai Dayak Peringkat Negeri Sarawak 2024.
Hadir sama semasa kunjungan hormat tersebut adalah Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg dan Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan. – TVS