MIRI, 15 Jun: Seorang lelaki warga emas ditemukan rentung di tempat duduk bahagian pemandu dalam kebakaran kereta di jalan masuk ke S.O.P Plantion Telong Estate (Suai), Batu Niah di sini, malam tadi.
Dalam kejadian itu, identiti mangsa dikenal pasti sebagai Chen Kian Seong,63, beralamat di Taman Permai, Bandar Baru Permayjaya.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kes itu jam 11.05 malam dengan menggerakkan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Batu Niah bersama enam anggota ke lokasi kejadian.
“Setibanya di lokasi kejadian didapati kebakaran melibatkan sebuah kenderaan Proton Wira Aeroback telah terbakar keseluruhan.
“Api telah padam sepenuhnya sebelum pasukan bomba tiba di lokasi. Setelah melakukan pemeriksaan, terdapat seorang mangsa rentung di tempat duduk pemandu,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Katanya,tiada operasi pemadaman dilakukan dilakukan pihak bomba.
“Pihak bomba hanya bertindak membantu mengeluarkan mayat mangsa rentung daripada kenderaan dan seterusnya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan seterusnya. – TVS