JULAU, 5 Jun: Penduduk di Rumah Panjang Kampit, Nanga Sepitoh di sini, diancam tanah runtuh berikutan terdapat tanah susur di belakang sebuah rumah penduduk hari ini.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kes itu jam 2.10 petang dengan menggerakkan dua anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintangor ke lokasi kejadian.
“Sampai di lokasi kejadian didapati tanah susur di belakang rumah salah seorang penduduk.
“Pihak bomba memasang tali sawar-sawar dan menasihati penduduk kampung supaya berjaga – jaga semasa berlakunya hujan lebat,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Katanya,tiada mangsa dan tiada pemindahan yang dilakukan setakat ini.
“Pemantauan dilakukan bagi tindakan jawatan kuasa bencana daerah dan insiden tiada melibatkan sebarang kecederaan mangsa,” ujarnya. – TVS