KUALA LUMPUR, 18 Mei: Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Abang memberi bayangan lapangan terbang antarabangsa baharu yang mahu dibina oleh Kerajaan Sarawak akan lebih canggih serta berkapasiti besar.
Premier Sarawak itu berkata, lapangan terbang itu juga akan mengikut konsep yang ditentukan oleh Sarawak termasuk mempunyai operasi sistem skrin untuk memudahkan urusan keluar masuk.
Pendapatan Sarawak dijangka cecah RM16 bilion tahun ini – Abang Johari
“Kita mahu kemudahan lain yang menyeluruh di lapangan terbang baharu ini seperti untuk masuk atau keluar (dari Sarawak, pengguna hanya perlu) pergi ke skrin yang disediakan.
“Perkara melibatkan pasport selesai di situ, tidak perlu pergi ke kaunter imigresen kerana (nama dan maklumat diperlukan) sudah ada dalam sistem data,” katanya.
Tiada pembaziran, pendapatan besar Sarawak diguna tingkatkan infra rakyat – Abang Johari
Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas hadir menjadi tetamu Program Diskusi Belanjawan Kerajaan Sarawak anjuran Persatuan Anak Sarawak Universiti Malaya (UM) di sini hari ini.
Turut hadir, Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, Dato Sri Julaihi Narawi, Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Undang-Undang, MA63 Dan Hubungan Negeri-Persekutuan)Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali, Timbalan Menteri Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar Datuk Dr Hazland Abang Hipni, Setiausaha Kerajaan Sarawak, Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki dan Naib Canselor UM, Profesor Datuk Seri Dr. Noor Azuan Abu Osman.
Lebih 400 orang pelajar asal Sarawak yang menuntut di UM, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Utara Malaysia (UUM) dan Universiti Teknologi Mara (UiTM) hadir program berkenaan.
DUN Sarawak: Sarawak rancang bina lapangan terbang antarabangsa baharu di Kuching
Pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak baru – baru ini, Abang Johari memaklumkan pihaknya merancang untuk membangunkan sebuah lapangan terbang antarabangsa baharu di Kuching bagi menyokong pertumbuhan industri penerbangan.
“Saya anggap syarikat pernerbangan ini bukan satu entiti komersial sebaliknya sebagai entiti inrfarasturktur.
“Kami (Sarawak) dalam pulau, takkan org nak berenang (oleh itu) satu cara ialah menerusi penerbangan dan ini menjadi projek infrastrutktur dan yang kedua, kita hendak lapangan terbang (baharu),” katanya.
Ke arah merealisasikan rancangan itu termasuk perkara melibatkan dana pembiayaan, Abang Johari berkata, beliau akan melihat situasi ‘menang -menang’ berikutan beberapa kekangan.
“Kalau kita bergantung dengan Putrajaya (untuk dana pembinaan) mungkin tidak ada duit, jadi saya terpaksa cari jalan termasuk (bekerjasama) dengan Malaysia Airport Holding Berhad (MAHB) dan dananya dikongsi,” katanya.
Ditanya tempoh bermula pembinaan, Abang Johari meminta semua pihak mendoakan kelancaran perancangan proses itu. -TVS.