Menterinya Fadhlina Sidek berkata pemilihan tarikh tersebut juga, tidak akan menjejaskan perancangan cuti guru, kerana keputusan SPM boleh juga diperolehi secara dalam talian.
“Dalam hal ini (tarikh pengumuman keputusan SPM) kita mendengar semua pandangan, apatah lagi yang berkait rapat dengan kesejahteraan guru. Saya tekankan kita akan kekal (tarikh keputusan) itu pada 27 hari bulan ini sebagaimana yang telah kita umumkan,” katanya selepas merasmikan Karnival HIP peringkat Pulau Pinang, di sini, hari ini.
Semalam, Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), merayu KPM mengeluarkan keputusan SPM Tahun 2023 lebih awal iaitu pada 23 Mei ini, susulan guru-guru sudah membuat perancangan awal sempena cuti persekolahan yang bermula pada 25 Mei ini.