MIRI, 16 April: Kerja – kerja penggerudian darat minyak dan gas oleh Petroleum Sarawak Berhad (Petros) diĀ Adong Kechil Barat blok SK433 di sini dijangka akan menambah pendapatan Sarawak pada masa akan datang.
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, Petros kini giat menjalankan kerja penggalian di kawasan itu.
RM300 juta diluluskan bagi pembinaan pelabuhan laut dalam di Miri
āKita amat bertuah (dan) ini memberi jaminan untuk kita mendapat hasil baharu,ā katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri anjuran Lembaga Amanah Kebajikan Melayu Miri di sini malam tadi.
Majlis turut diserikan dengan kehadiran Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan isteri, Toh Puan Fauziah Mohd Sanusi dan isteri Abang Johari, Puan Sri Datuk Amar Jumaāani Tun Tuanku Bujang.
Jambatan menghubungkan Kampung Pulau Melayu-Marina Bay, mercu tanda baharu bandar raya Miri
Pada Oktober tahun lepas, syarikat milik Kerajaan Sarawak itu memulakan aktiviti penggerudian di situ yang melibatkan kawasan seluas kira-kira 3,100 kilometer (km) persegi di pesisir pantai antara Limbang dan Lawas.
Sementara itu Abang Johari menjelaskan Sarawak akan terus mencari hasil pendapatan bagi melaksanakan pembangunan di seluruh wilayahnya.
āKita (Kerajaan Sarawak) akan terus membangunkan infrastruktur termasuk di Miri.
āPembinaan jalan lebih 100 km yang menghubungkan Miri, Marudi, Mulu dan Long Terawan dijangka bermula pada tahun depan,ā jelasnya.
Tambahnya jalan raya berturap yang akan dibangunkan itu membolehkan Mulu boleh dihubungkan terus dengan kawasan Gunung Buda di Limbang. -TVS