KUCHING, 9 April: Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan hari ini mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh masyarakat Islam yang meraikannya, eosk.
Menerusi satu kenyataan hari ini, beliau menzahirkan kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana denga izin-Nya, Aidilfitri yang mulia disambut dalam suasana harmoni dan sejahtera selepas sebulan menjalani ibadah puasa.
“Aidilfitri adalah hari kita menyambut kemenangan dan sebagai ganjaran kepada mereka yang sabar dan taat beribadah sepanjang berada di madrasah Ramadan.
“Di bulan syawal yang mulia, tradisi kunjung-mengunjungi dan bermaaf-maafan haruslah dikekalkan untuk mengeratkan hubungan silaturahim sesama kita,” katanya menerusi kenyataan dari Pejabat Timbalan Premier Sarawak, hari ini.
Dalam pada itu, beliau menyeru agar rakyat di negeri ini terus mengekalkan kestabilan yang ada dan tidak terpengaruh dengan budaya dan pemikiran melampau dari luar.
Beliau turut mengingatkan serta mendoakan mereka yang agar perjalanan ke destinasi untuk bertemu keluarga tersayang akan selamat ke kampung masing-masing untuk beraya bersama keluarga tercinta. – TVS