Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar, menghadiri Majlis Kesyukuran Maulidur Rasul Peringkat Sarawak 2024 di Masjid Setia Raja Mukah hari ini. Foto Nadim Bokhari (TVS)

Yang di-Pertua Negeri Sarawak hadiri Majlis Kesyukuran Maulidur Rasul Peringkat Sarawak 2024

ByIzzah Kamilah Yunus

MUKAH, 16 Sept: Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar malam ini hadir Majlis Kesyukuran Maulidur Rasul Peringkat Sarawak 2024 di Masjid Setia Raja Mukah di sini.

Ketibaan Tun Wan Junaidi diiringi oleh Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi, Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar Sarawak, Datuk Len Talif Salleh, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Balingian, Yakub Arbi dan ADUN Daro, Safee Ahmad.

Ketibaan beliau pada 6:40 petang disambut oleh Yang di-Pertua Majlis Islam Sarawak, Datuk Misnu Taha, serta Pengarah Jabatan Agama Islam Sarawak, Mual Suaud.

Majlis dimulakan dengan solat Maghrib berjemaah, diikuti bacaan Surah Yassin yang dipimpin oleh Imam Besar Sarawak, Dato Mustapha Kamal Ahmad Fauzi.

Majlis kemudian diteruskan dengan ceramah khas Maulidur Rasul disampaikan oleh Pakar Rujuk Jabatan Mufti Sarawak, Datu Khalidi Ibrahim.

Acara pada malam ini turut disertai dengan solat Isyak berjemaah dan Zikir Marhaban, sebelum diakhiri dengan jamuan makan malam.

Turut hadir isteri Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Toh Puan Fauziah Mohamad Sanusi dan Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak, Dato Sri Fatimah Abdullah.

Ini merupakan kali pertama Wan Junaidi menghadiri Majlis Kesyukuran Maulidur Rasul sejak dilantik sebagai Yang di-Pertua Negeri Sarawak pada 26 Januari lalu. -TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan