Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Lima penghuni hilang tempat tinggal selepas kediaman mereka musnah dalam kebakaran di Rumah Nuang, Jalan Bukit Goram, Kapit, awal pagi tadi. Foto JBPM

Wanita melecur terkena bara api

KAPIT, 16 Sept: Lima penghuni hilang tempat tinggal selepas kediaman mereka musnah dalam kebakaran di Rumah Nuang, Jalan Bukit Goram di sini, awal pagi tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kapit, PPgB Timoty Barat berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kes itu jam 2.50 pagi dengan menggerakkan 11 anggota dari BBP Kapit ke lokasi kejadian.

“Kebakaran melibatkan sebuah rumah jenis dua tingkat struktur separuh kekal yang terbakar 90 peratus.

“Pihak bomba melakukan kerja pemadaman dengan menggunakan satu aliran hos 300 kaki dan dua nozel sumber air dari pili bomba berdekatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, kediaman tersebut dihuni lima penghuni berusia enam hingga 43 tahun.

“Kejadian ini menyebabkan seorang penghuni wanita berusia 40 tahun cedera di bahagian kaki selepas terkena bara api,” ujarnya.

Katanya, kerja overhaul dijalankan sehingga tiada lagi punca nyalaan api di lokasi. -TVS

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan