Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Awang Tengah menyertai perarakan Maulidur Rasul di Lawas. Foto TVS

Umat Islam diseru tolak fahaman ekstrem – Awang Tengah

LAWAS, 16 Sept: Umat Islam diingatkan supaya terus menolak fahaman ekstrem bagi memastikan perpaduan rakyat berbilang kaum sentiasa terpelihara.

Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, dalam soal ini Sarawak telah melaksanakan pendekatan sewajarnya dalam pentadbiran bagi memelihara keharmonian rakyatnya.

Perkara itu kata beliau dapat dilihat apabila Piagam Madinah menjadi acuan pemerintahan Kerajaan Sarawak yang mementingkan aspek perpaduan, kerjasama dan keadilan untuk semua rakyat.

“Inilah yang kita laksanakan dalam urusan pentadbiran di bawah Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

“Ia membabitkan aspek hubungan sosial, ekonomi, perpaduan dalam kalangan masyarakat kita.

“Kita menegakkan keadilan, kesaksamaan untuk semua kaum, mengelak fahaman ekstrem, walaupun kita berbeza agama dan budaya,”katanya ketika berucap pada sambutan Maulidur Rasul Peringkat Daerah Lawas di sini hari ini.

Turut hadir isteri beliau, Dato Dayang Morliah Datuk Awang Daud, Ahli Parlimen Lawas, Dato Henry Sum Agong dan Setiausaha Politik kepada Premier Sarawak Awangku Jinal Abedin Dato Pengiran Jawa.

Sementara itu Awang Tengah yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan Sarawak berharap sambutan majlis itu dapat diadakan pada skala lebih besar pada tahun depan.

Ini kata beliau termasuklah menambah jumlah anugerah tokoh membabitkan semua peringkat masyarakat khususnya golongan belia.

Sekitar 7,000 orang peserta mewakili 41 kontinjen turun mengambil bahagian dalam perarakan Maulidur Rasul di sini. – TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan