Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Seri Anwar Ibrahim mengajak rakyat Malaysia menghayati erti penubuhan Malaysia yang bebas dan merdeka serta menolak perpecahan dan permusuhan sempena sambutan Hari Malaysia, hari ini. Foto fail Bernama

Tolak perpecahan, julang kebersamaan, lonjak potensi negara bersama – Anwar

ByBernama

KUALA LUMPUR, 16 Sept: Datuk Seri Anwar Ibrahim mengajak rakyat Malaysia menghayati erti penubuhan Malaysia yang bebas dan merdeka serta menolak perpecahan dan permusuhan sempena sambutan Hari Malaysia, hari ini.

Perdana Menteri dalam catatan di Facebooknya hari ini turut mahu seluruh rakyat Malaysia menjulang kebersamaan bagi melonjakkan potensi dan keupayaan negara ke tahap tertinggi.

Beliau berkata sambutan Hari Malaysia yang diraikan saban tahun harus menjadi cetusan semangat dan manifestasi perpaduan selain menzahirkan kecintaan mendalam terhadap tanah air dalam kalangan rakyat merentasi kaum, agama dan budaya.

“Selama 61 tahun, negara Malaysia yang kita cintai telah terbentuk, dan dalam tempoh itu, pelbagai rintangan yang mematangkan telah berjaya kita tempuhi bersama-sama.

“Selamat menyambut Hari Malaysia Ke-61,” kata Anwar.

Hari Malaysia yang disambut 16 Sept setiap tahun diadakan bagi memperingati pembentukan Malaysia pada 1963.

Sambutan Hari Malaysia peringkat kebangsaaan akan diadakan di Padang Merdeka, Kota Kinabalu, Sabah, malam ini. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan