Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Tindakan pantas penghuni berjaya menyelamat Rumah Panjang Jerai, Debak, Betong, musnah dalam kebakaran malam tadi. Foto JBPM

Tindakan pantas penghuni selamatkan rumah panjang daripada musnah

BETONG, 16 Sept: Tindakan pantas penghuni berjaya menyelamat Rumah Panjang Jerai, Debak daripada musnah dalam kebakaran malam tadi.

Komander Operasi, PBK II KUP Abang Jamadilhir Abang Mostafa berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kes itu jam 10.18 malam dengan menggerakkan enam anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Betong dibantu tujuh anggota Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Debak ke lokasi kejadian.

“Kebakaran melibatkan ruang bilik tidur di tingkat atas satu pintu rumah panjang bernombor 46 dan anggaran kemusnahan bilik tersebut adalah 40 peratus melibatkan perabot dan bahagian siling.

“Kebakaran telah dipadamkan oleh penduduk rumah panjang dengan menggunakan dua unit alat pemadam api dan sumber air paip dari bahagian pintu rumah yang terlibat,” katanya dalam kenyataan.

Katanya, sebanyak dua orang penghuni lelaki berusia 58 tahun dan wanita berusia 59 tahun terjejas akibat kejadian itu.

“Jumlah keseluruhan rumah panjang ini mempunyai 50 pintu jenis separuh kekal dua tingkat,” ujarnya.- TVS

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan