Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
ADUN Kabong, Mohd Chee Kadir dan tetamu jemputan bersama JKKK Kampung Baru Kabong yang menjuarai kategori sepanduk. Foto TVS

Sikap dermawan penduduk Kabong terserlah

KABONG, 16 Sept: Sifat dermawan penduduk Kabong terserlah selepas menghulurkan sumbangan demi membantu menjayakan sambutan Maulidur Rasul Peringkat Bahagian Betong di Pusat Penjaja Kabong hari ini.

Sumbangan lebih 2,000 bungkus makanan dikumpulkan sejak semalam diserahkan kepada semua peserta yang menjayakan program berkenaan.

Penglibatan penduduk setempat dalam program tersebut bukan sahaja menyerlahkan sifat dermawan mereka tetapi menyemarakkan semangat tolong-menolong.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kabong, Mohd Chee Kadir memuji komitmen ditunjukkan penduduk setempat yang membantu menjayakan program tersebut.

“Kita gembira kerana Kabong dipilih sebagai tuan rumah sambutan Maulidur Rasul kali ini.

“Ini merupakan penghormatan besar kepada seluruh warga Kabong,” katanya ketika berucap merasmikan sambutan Maulidur Rasul Peringkat Bahagian Betong di sini, hari ini.

Terdahulu Mohd Chee Kadir turut menyertai perarakan yang bermula dari Pusat Penjaja Kabong.

Perarakan disertai 700 peserta yang mewakili 39 kontinjen yang melalui perjalanan dua kilometer.

Johan kategori A dimenangi Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Saratok manakala tempat kedua Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Persatuan Nelayan Kabong ketiga.

Kategori B pula dimenangi KMKK Bahagian Betong, tempat kedua Masjid Darul Nadwah Kabong dan Komuniti Madani N.40 Kabong ketiga.

SK Abang Leman pula memenangi kategori C manakala tempat kedua SMK Kabong dan Politeknik Metro Betong ketiga.

Juara kategori sepanduk menjadi miliki JKKK Kampung Baru Kabong, kedua Masjid Lama Kampung Alit dan KEMAS ketiga.-TVS

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan