Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Amar Douglas Uggah Embas berucap mewakili Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg semasa Majlis Sambutan Hari Malaysia Peringkat Sarawak 2024 di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Sri Aman hari ini.

Sarawak rancang bina kilang penapis minyak bio

BySteward Dawi

SRI AMAN, 16 Sept: Sarawak bakal membina sebuah kilang penapis minyak bio atau bio-refinery di Bintulu, kata Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Beliau berkata, ia hanya dapat direalisasikan ladang penghasilan alga bagi pengeluaran bahan api penerbangan mampan  (SAF) diperbesar kepada 10,000 ekar dimulakan.

Menurutnya, kajian yang sedang dijalankan menunjukkan 1,000 ekar alga boleh menghasilkan 10,000 tong minyak alga mentah setiap hari dan berpotensi digunakan dalam penghasilan SAF.

“Projek ini akan diperbesarkan kepada 10,000 ekar dan dijangka mampu menghasilkan 100,000 tong minyak alga mentah setiap hari menjelang 2030.

“SEDC Energy dan PETRONAS sedang menjalankan kajian ini di Bintulu,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam teks ucapan yang dibacakan oleh Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Emas pada Majlis Sambutan Hari Malaysia Peringkat Sarawak 2024 di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Sri Aman hari ini.

Turut hadir Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan isteri Toh Puan Fauziah Mohd Sanusi.

Menurut Abang Johari, dunia sekarang menyaksikan penghasilan bahan api daripada sumber lestari atau diperbaharui dan Sarawak turut mempunyai peluang besar dalam penerokaan bidang tersebut.

“Iklim tropika di Sarawak menyediakan suasana kondusif untuk menghasilkan minyak daripada alga atau lebih dikenali sebagai lumut,” ujarnya.

Beliau berkata, Sarawak sebelum ini berkemampuan membekalkan SAF berasaskan alga kepada industri penerbangan di seluruh dunia yang berminat beralih kepada amalan hijau.

Tambahnya, ini berdasarkan kejayaan Sarawak membangunkan loji jana kuasa tenaga hijau di Sejingkat yang berkeupayaan mengeluarkan 45 tan SAF untuk kegunaan pesawat di seluruh dunia.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan