Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg. Foto TVS

Sarawak melangkah maju, berdaya saing dalam pelbagai bidang

ByAdlina Rahman

KUCHING, 16 Sept: Sarawak semakin ke hadapan dan melakar pencapaian unggul selepas diiktiraf sebagai sebuah wilayah berpendapatan tinggi oleh Bank Dunia.

Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, sepanjang 61 tahun dalam Persekutuan Malaysia, Sarawak terus melangkah maju dan berdaya saing dalam pelbagai bidang sekali gus berjaya mengukuhkan ekonomi.

“Sekarang ini tumpuan kita ke arah dasar penjanaan ekonomi mampan berteraskan sumber baharu dan ekonomi digital

“Pendekatan baharu ini berteraskan Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 2030 (PCDS 2030) yang mempunyai tiga dasar utama iaitu penekanan kemakmuran ekonomi, keterangkuman sosial dan kelestarian alam sekitar sebagai landasan utama ke arah menjadikan Sarawak sebuah wilayah maju berpendapatan tinggi menjelang 2030,” katanya.

Abang Johari berkata demikian dalam perutusan Hari Malaysia 2024.

Beliau turut berharap pembangunan ekonomi terus pesat dan keharmonian rakyat pelbagai agama dan bangsa berkekalan pada masa hadapan.

Sambutan Hari Malaysia tahun ini bertemakan Malaysia Madani: Jiwa Merdeka dengan Sabah menjadi tuan rumah.

Kira-kira 30,000 pengunjung dijangka menghadiri sambutan Hari Malaysia 2024 Peringkat Kebangsaan yang berlangsung di Padang Merdeka Kota Kinabalu, Sabah.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan