Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sarawak di bawah kepimpinan kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) berada di hadapan dalam menangani beberapa isu kritikal dan global berbanding kawasan-kawasan lain. Foto, Faitullah Morni (TVS).

Sarawak berada di hadapan tangani isu kritikal dan global – Abang Johari

SRI AMAN, 16 Sept: Sarawak di bawah kepimpinan kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) berada di hadapan dalam menangani beberapa isu kritikal dan global berbanding kawasan-kawasan lain.

Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, beliau juga berharap wilayah lain di negara ini dapat mengambil langkah sama.

MA63: Kuasa kutip duti setem kepada Sarawak antara yang belum selesai – Abang Johari

“Malaysia harus bersedia untuk mencari kaedah baharu untuk menangani perubahan terutama ketika dunia bergerak menuju era yang penuh cabaran.

“Ini termasuk isu-isu kritikal seperti perkembangan teknologi, perubahan iklim, alam sekitar sifar karbon dan pencarian bahan api tanpa mengeluarkan karbon,” katanya.

Beliau berkata demikian melalui teks ucapan yang dibaca Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas semasa Majlis Sambutan Hari Malaysia Peringkat Sarawak 2024 di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Sri Aman hari ini.

Majlis sambutan turut diserikan dengan kehadiran Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan isteri Toh Puan Fauziah Mohd Sanusi.

Kedudukan Sarawak tidak boleh direndahkan kepada status bukan rakan kongsi dalam penubuhan Malaysia

Turut hadir, Speaker Dewan Undangan Negeri Sarawak, Tan Sri Datuk Amar Mohammad Asfia Awang Nassar, Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Dr. Sim Kui Hian, Menteri Bertanggungjawab Sambutan Hari Malaysia Peringkat Sarawak 2024 yang juga Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak, Dato Sri Roland Sagah Wee Inn serta beberapa menteri kabinet Kerajaan Sarawak yang lain.

Sementara itu Abang Johari berkata, usaha yang dilaksanakan Sarawak ketika ini sejajar dengan prinsip Madani yang diilhamkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Sarawak sedang giat meneroka bidang-bidang baharu seperti penghasilan bahan api bersih.

“Melalui penyelidikan yang berterusan, saya yakin bahawa kos pengeluaran hidrogen boleh diturunkan dan menjadikannya bahan bakar yang lebih murah dan berkesan dalam membendung pengeluaran karbon yang berlebihan ke ruang udara,” jelasnya.

Justeru, beliau berpendapat bahawa melalui pendekatan itu Sarawak khasnya dan Malaysia amnya dapat membantu mengatasi peningkatan suhu bumi dan menyumbang kepada usaha global dalam menangani perubahan iklim semasa. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan