Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim (kanan) bersama Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor dan Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menghadiri Sambutan Hari Malaysia 2024 di Padang Merdeka Kota Kinabalu. Turut hadir, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Fadhillah Yusof.. Foto TVS

Premier Sarawak hadiri Sambutan Hari Malaysia 2024 di Sabah

KOTA KINABALU, 16 Sept: Sambutan Hari Malaysia 2024 di sini malam ini dimeriahkan dengan kehadiran lebih 30,000 pengunjung.

Sambutan di Padang Merdeka itu dirasmikan oleh Yang di-Pertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin.

Majlis turut dihadiri oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor dan Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Turut hadir, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Fadillah Yusof.

Hujan lebat di venue sambutan juga tidak mematahkan semangat orang ramai untuk terus menyaksikan acara gilang gemilang itu.

Terdahulu, Anwar tiba di lokasi sambutan kira – kira 8.20 malam tadi. – TVS.

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan